Thursday, April 14, 2011

Kalau tak ada 2 kerja pemalas?

Pagi yang lalu aku berkesempatan menonton siri sembang pagi di TV. Biasanya rancangan pagi ini memang boleh buatkan aku tido balik, tapi pagi kali ini mungkin agak spesel sedikit, kerana ada motivator kewangan (?) sedang bagi talk di TV. Dalam banyak-banyak points dia, boleh dia kata lebih kurang gini:-

"Sekarang ini, kalau siapa yang tiada kerja sampingan ataupun lebih dari satu kerja, dikira pemalas,"

Mungkin salah dengar atau salah interpretasi atau salah faham ataupun mamai, tapi kalau benarlah itu ayatnya, maka aku ni kira pemalas la kot. Sampai di ofis pagi sampai petang (malam?), aku mesti tumpukan pada kerja, tak baik pula rasanya nak curi masa amik order barang @ freelance designing. Sebab masa kita dibayar. Lagipun kerja aku ini perlukan fokus. Silap sikit saja, melibatkan duit, masa dan na'uzubillah, nyawa orang.

Habis kerja pula, nak luangkan masa dengan keluarga. Luangkan masa bukan bererti rehat. Nak main basikal dengan anak perlukan tenaga juga. Kemudian bila malam barulah dapat rehat (tido).

Di sini aku respek dan kagum dengan kawan2 yang mampu buat 2-3 kerja untuk menampung kehidupan di kota yang serba kena bayar ini. Korang memang pengurus masa yang hebat. Salut!

Tapi untuk kata orang yang tumpukan pada satu kerja ini pemalas, atau apa2 tempelan negatif, fikirlah, kalau dah part-time itu pun sudah penuh, bilakah pula masa untuk Tuhanmu?

4 comments:

meow said...

xsetuju dgn statement belaiu itu.. huhuhu


bkn semua org leh buat gitu...

ade org kena fokus...

Xara said...

Tak setuju juga dengan pendapat tu. Bagaimana dengan halnya orang yang bekerja, tapi dlm masa yang sama dok upload barang jualan di facebook (pada waktu pejabat)?

Faisal Nordin said...

barang makin mahal dan menekan pekerja biasa macam kita. kalau bekeluarga sekali pegi pasar habis rm100++. macam ini boleh hidup ke di bandar metro.

tapi aku tetap mengatakan buat 2-3 kerja serentak bukanlah jawapan. mereka yang berkuasa hendaklah buat sesuatu..

encik kerani said...

Salam.
Dude, kau sebenarnya dah terlebih rajin. Selain kerja ofis, kau melukis dan menulis. itu sudah 3 in 1. See?

:)

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...