Monday, March 21, 2011

Kerja kerja (work work)




Kalau nak ikutkan penat, memang rasa macam tiada jalan penyudah bila mengadap tanah lapang yang beratus ekar ni. Tapi amanah mesti dipikul, rezeki mesti dicari. Doa dan tawakkal selalu agar dipermudahkan segala urusan.

Atas itu ialah gambar setup biasa ujian PDA (Pile Driving Analyzer) ataupun dipanggil Dynamic Pile Testing. Jadi setup di atas untuk RC Square Pile, yang digunakan dalam projek ini. Gambar no. 1 ialah komputer analyzer, gambar no. 2 ialah pemasangan sensor pada kepala pile dan gambar no. 3 ialah hentaman yang dilakukan.

Nak cerita bab ujian ini memerlukan penerangan pakar. Tapi secara ringkasnya, boleh diketahui kapasiti sebenar pile, bagaimana integritinya (patah dan jarak patah) dan beberapa info lain yang penting untuk kepastian rekabentuk.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...