Sunday, March 13, 2011

[Design] Sikit lagi nak kira...

Hujung minggu ini diuji dengan demam dan deadline. Mula-mula aku demam, kemudian Aliyah pula. Kasihan Aliyah, sudah lama tidak demam batuk selsema, menangis saja.

Kemudian deadline untuk hantar laporan makin hampir, rasa macam nak postpone saja. Kerja di projek masih banyak. Laporan baru siap 5 muka, itupun dengan ayat-ayat 'Laymen' saja yang bakal mengundang hujan soalan kalau tidak dibaiki sekarang.

Design kena repair sikit, mujurlah sudah melepasi 'learning curve' (lengkok pembelajaran?) yang agak runcing, lepas ini mudah sikit kerja-kerja design. Cuma nak drafting mungkin makan masa sejak laptop demam. Itupun satu dugaan juga.

Fakulti sudah telefon. Nampak gayanya tak dapat nak buat apa-apa yang produktif semester ini. Projek yang baru ini betul-betul menguji mental dan fizikal dan emosi. Ala-ala the survivor pulak.

Rasanya kali ini aku cuba kongsi sikit cara rekabentuk struktur. Ini sedikit step yang biasa dilakukan oleh designer. Mungkin ada teknik lebih bagus dan software yang lagi canggih, tapi macam mentor cakap, "Software cuma alat, yang menjadikan ia bagus adalah pengguna yang faham asasnya".

Daripada plan arkitek (tidak disertakan atas sebab copyright), tandakan kedudukan beam untuk menentukan corak beban (loading pattern) ataupun sistem beban yang akan digunakan dalam projek ini. Semak satu-satu beban yang wujud, cth live load (manusia, alatan, perabot) dan dead load (dinding batu, kekuda, tiang topang etc). Tentukan kedudukan tiang dan cuba susun agar semua tiang menerima beban secara 100%.


Bina model 3D, supaya senang nak semak apa-apa kesilapan. Dan juga mudah dapat feel setelah penat plot semua beam dan tiang.


Semak beban yang dikenakan. Pastikan ianya sama dengan rekabentuk asal.


Lepas analisa, boleh cerapkan nilai momen dan ricih daripada graf. Jika terdapat nilai yang diluar jangkaan, mungkin ada kesilapan pada model 3d. Setiap sendi (joint) akan memberikan kesan berlainan.

Siap. Setelah berpuas hati dengan semakan nilai daya dan analisa, pilih bahan (konkrit, besi etc) dan sifatnya (properties) dan boleh mula rekabentuk. Lukisan di atas ialah draf sebelum diberi kepada kontraktor.

Ini baru siap satu beam. Satu rumah banglo ada sekurang2nya 20 beam. Belum masuk bab tiang dan asas (foundation) lagi. Kalau tanah tak ekonomikal (atau tanah keupayaan galas rendah), boleh buka kitab Piling atau Soil Treatment pula.

Komen dan ulasan tambahan dialu-alukan. Bak kata pepatah internet, "Sharing is Caring"..
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...