Thursday, October 14, 2010

Berkelana lagi?

Semalam masa kemas rumah, terjumpa passport yang dah nak tamat tempoh. Terpacak lagi cop negara Qatar dan title pekerja 'Amil' yang disalahsangka sebagai pegawai, rupanya kosikong. Teringat betapa seksanya nak cop passpot bila terpaksa beratur dengan buruh yang lain. Insaf di situ.

Terbakar balik semangat ingin mengembara sambil bina sesuatu yang bermakna di satu tempat asing. Kalau di tempat sendiri profesion macam ini dianggap sedey (bahasa kampung, maknanya tak hebat dan biasa-biasa je), banyak lagi tempat yang memerlukan kepakaran. Kalau di sini kuasa pemutus jatuh di tangan siapa yang berwang (beruang?), di sana ada lagi yang masih dengar nasihat pakar yang adil.

"Ayah jom main basikal!" tiba-tiba Aliyah menjerit dari bawah. Mengenangkan si comel ini, ditangguhkan dulu pelan kembara bina ini. Sekarang belum sesuai untuk buat keputusan besar lagi. Kerana hendak berkelana, ilmu di dada kena betul-betul mantap.

Pepatah "kalau kail sejengkal, jangan laut hendak diduga" sangat bererti kalau diharungi sendiri.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...