Thursday, January 04, 2007

Semut menyerang!

"Menyemak sajalah, sudah le merayap merata-rata!" kata hero sambil bingkas bangun dari tempat beradunya. Walaupun cuma tilam toto nipis di tengah rumah, ia cukup selesa baginya, dengan angin sepoi-sepoi bahasa kampung, memang mengasyikkan jiwa.

Namun kemurkaan muncul jua kerana dia terasa rayapan sang semut dan bala tenteranya di tangan dan belakangnya.

Hero menjerkah, "hari ni tamatlah riwayat kau!" Tangannya yang memegang majalah Kreko dihayun pada sudut curam mengenai barisan tentera semut. 3 ekor cedera. Namun barisan tentera tidak putus jua.

Mata hero mengekori barisan semut itu. "Rupanya datang dari rumah Pak Mat, agaknya dia bela ladang semut dirumahnya," Hero berfikiran jahat pula.

Namun tiba-tiba hatinya seperti ingin tahu ke mana arah majunya askar ini. Dengan terbongkok-bongkok dan penuh hati-hati persis seorang penyiasat C.S.I, dia menyusuri barisan tentera. Lalu terjumpa punca semut menyerang.

"Ini bahulu kampung yang sudah berkulat, aku lupa pula nak bungkus plastik lepas buangkannya kelmarin. Padanlah semut-semut ini datang," hero terus membungkus plastik sampahnya dengan kemas dan berhati-hati. kemudian dia pun pergi membuang sampah.

Selesai tugasan pendek itu, dia pun membuka pintu rumah, "mana pergi askar-askar tadi?" fikirnya. dia mencari di bawah tilam toto. tiada di situ. Dia ubah carian di bakul sampah. juga tiada.

"Semut ini hanya datang apabila ada haknya di sini, dan pergi apabila haknya tiada, tidak pula dia cuba menyerangku atau merompak tin gulaku untuk makan," hujahnya dalam hati.

Berbeza benar dengan manusia, selagi nafsu dahaga, selagi itu ia menyerang, menawan dan membinasakan sesuatu yang bukan haknya.

5 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr ICe,

1. Dialog saudara masih bercampur antara BM Tinggi dan BM rendah!

2. Tanda bacaan saudara belum betul semuanya.

3. Gunakan huruf besar apabila memulakan ayat.

Hmm... gaya penceritaan sudah ok. Cerita pun ok, budak-budak suka baca. Mesej pun jelas, ada falsafahnya.

Kassim Selamat said...

Salam sdr Ice, menarik cerita semut ini yg mempunyai mesej bila di amati.

Saya suka lagu 'semut merah' hihihi

Alamat saya ada di shout box sdr., terima kasih ya.

Anonymous said...

menariknya tetapi seperti kata puan ainon, bahasa ICe kurang sedikit.


~zalisa maz~

abiumar said...

assalamualikum...

Ada apa plak ice... apapun tq lah nak kirimkan sesuatu kat ustaz. jangan bom dah lah hehe.

Alamat ;

SMK BANDAR KERAYONG
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
019 9316139

Terima kasih

Anonymous said...

Saudara Ice,
Teringat cerita semut yang ayah saya ceritakan waktu kecil dulu...

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...