sebelum hari raya haji, begitu bersemangat mencuci rumah, mengecat pagar, dan bermacam-macam lagi aktiviti sempena persediaan hari raya. tapi oleh kerana ibu berada di kota menjaga anak buah baru yang masih bayi lagi, suasana di rumah tetap sunyi dan suasana hari raya tak terasa sangat.
"Jom bersiap!" arahan komander rumah telah dikeluarkan. kami pergi ke kampung untuk menziarahi saudara mara. kebetulan memang mereka berkumpul di rumah Ayah Cik, suasana kurang bersemangat menjadi meriah. mudah saja rupanya nak bangkitkan suasana raya, bukannya persiapan material, tapi perjumpaan sosial dan spiritual (solat hari raya) adalah elemen penting untuk merasakan semangat dan erti hari raya. suasana kampung dan sawah bendang cuma memberi kesan nostalgik, berbanding berjumpa dengan tuan punya sawah bendang dan saudara di kampung itu sendiri.
pulang ke kota, baru perasan cuti rupanya sampai selasa. dengan tempo perlahan, mengemas rumah, mencuci baju, dan membuat persediaan kerja sambil mengemaskini buku akaun. tahun baru disambut dengan tidur yang lena.
.....................................................................................
Bridge of Terabithia
cuba klik
sekarang ini banyak pula genre fantasi kanak-kanak. agak menarik movie ini. harapnya tidak terlalu banyak unsur disney yg membosankan.
No comments:
Post a Comment