Monday, January 08, 2007

Banyak sangat cerita

Terlalu banyak cerita sehingga tidak larat lagi hendak bercerita. Terlalu banyak kerja tergendala sehingga terasa sesak nafas, kerana satu nafas dilepaskan bererti satu tempoh masa telah berlalu. Terlalu banyak buah fikiran sehingga banyak yang gugur sebelum ia sempat masak dan enak dimakan. Terlalu banyak masalah sehingga terasa tiada masalah, andai diri kembali mengingati-Nya.

nota:
kepada ahli kumpulan 5, syabas kerana Sifu telah mengiktiraf idea hangpa. konsep yang akhir-terbuka (open-ended?) ini boleh dilihat dalam sampel buku Enid Blyton seperti Mr. Pink Whistle, seorang berkuasa magik yang menggunakan kuasanya untuk membetulkan apa yang tidak betul (put things right..betulkah terjemahan ini?). Semoga berjaya dengan sinopsis dan perincian rekabentuk watak utama..! (sketch akan diupload dalam masa terdekat, insya Allah)

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...