Tuesday, August 15, 2006
Biarlah..biarkan..
cartoon credit to MFR
biasa tak dengar ayat ni?
"biarlah aku nak buat tu ke ni ke,aku punya pasal,ada kacau kau ke?"
"biar je dia jadi camtu, kita jaga diri kita sudahlah, buatpe nak sibuk hal dia"
dan paling bagus
"ko peduli apa hal aku, kubur kita kan lain-lain,kau jaga la kubur kau je"
semangat menyendiri,tak suka bicara hal orang lain,bagaikan enau dalam belukar, nilah prinsip yang tertanam dalam jiwa masyarakat kita, khasnya melayu-muslim. tiada lagi istilah ziarah, usrah, apatah lagi pergi bertandang dan hadir majlis ilmu,
inilah benih-benih perpecahan,buahnya kita lihat pada kes murtad,kerana dia tidak dapat perhatian dan kasih dari kaum seagama,dia pergi mencari di luar agamanya,akhirnya hati dibalik-balikkan,jadilah kes macam-macam.
teringat satu kes murtad di luar negara,dengan bagganya si murtad mengatakan
masyarakat punca dia murtad.dia boleh tangkis semua dakyah kristian,prinsip triniti, dan lain-lain lagi,namun hatinya tersentuh melihat pendakwah yang menawarkan kasih sayang, hubungan peers yang utuh dan lain-lain keperluan emosi kepadanya. lalu dia tewas..semoga Allah mengembalikannya ke jalan yang benar
semuanya bermula dari kita,manusia memang fitrahnya ingin bermasyarakat. dan dalam masyarakat dia mahu dikenali,disayangi dan rasa selamat.namun jika kita terus mendindingkan diri daripada satu sama lain,maka inilah buahnya, inilah hasilnya.
nasihat ini untuk diri sendiri juga..
Baca ini
Sindrom "aku tak pedulisma" siswazah jumud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment