bagaimana nak menulis satu kisah yang indah?
bagaiamana nak masukkan elemen-elemen yang baik dalam karya?
bagaimana nak tunjukkan elemen jahat dengan cara yang terbaik?
bagaimana nak menghasilkan satu harta intelek, yang jauh melangkaui novela mahupun komik?
bagaimana nak ceritakan sesuatu tanpa menggunakan kata sifat kepadanya?
bagaimana kata dan ucapan lebih bernilai dari penerangan yang berjela?
itu semua terjawab (dan banyak lagi) semasa kursus penulisan jibunsyi yang aku pergi ahad lalu.mungkin aku akan scan dan letak sini notanya,tapi nota tu nota peribadi aku,jadi aku tak yakin pembaca boleh paham tulisan aku yang penuh dengan simbol,tanda arah dan ringkasan (standard note engineer..konon..hehe)
yakinkah aku sekarang?selepas kursus aku rasa berdebar,perasaan sama apabila aku berjaya membuat lompatan anak rimau 8 orang dulu,perasaan di mana dalam tanganku dan akalku ada sesuatu yang hebat,tapi dalam masa sama aku rasa berdebar takutkan kritikan dan risiko tatkala aku meneruskan usaha ini.
"the feeling of fear or excitement is the same thing,the difference is how you interpret it" - kata sorang mat salleh
1 comment:
Mana kad-kad jibunsyi?
Post a Comment