Monday, August 14, 2006
Next Gen Babies
potret di atas hiasan sahaja
haritu pergi jumpa kawan yang lama tak jumpa dengan wifenya, ye sekali dengan anaknya berusia 3 bulan. macam biasa bertukar cerita lama, tanya khabar, tapi 80% perbualan adalah tentang anaknya itu. macam-macam cerita, tips dan pengalaman aku dapat waktu bersembang dengan depa ni.
tapi yang paling menarik ialah budak tu (ye jelas sangat dari perenggan atas). baru berumur 3 bulan sudah mempunyai daya penumpuan yang agak tinggi, jelas sekali sewaktu dia menegur aku. matanya tajam merenung aku, kemudian bila ibunya memanggil, dia merenung pada ibunya pula. pada aku budak ni memang suka bersosial dan pandai bawak diri dalam majlis (untuk umur semuda itu). aku kagum dengan perkembangan budak ni
mengingatkan aku betapa kagumnya dengan perkembangan anak sedara aku yang lain. tak pandai baca tapi sudah pandai operate pc mak pak depa. baru umur berapa tahun tapi boleh bersembang dan ingat balik (dan bercerita) waktu dia masih dalam buaian.
adakah ini bermakna kita boleh letakkan harapan menggemilangkan melayu-islam pada mereka? kalo generasi aku yang dibesarkan dengan milo dan ultraman dapat majukan skit (walaupun terdapat banyak kelemahan), adakah generasi naruto dan biskut oreo dapat meningkatkan kembali mertabat kita?
janganlah hanya mengharap, jom kita tinggalkan sesuatu yang kita tak dapat capai kepada mereka. tinggalkan arah dan tuju kepada mereka, insyaAllah mereka dapat menyambungnya dengan lebih berjaya lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment