Monday, December 05, 2005

Hari PErtama di tapak projek Qatar....

hari pertama bertugas di site lepas dekat seminggu stadi drawing dan buat kerja2 opis. harsh memang cukup harsh keadaa sini. nasib baik musim sejuk, angin terasa dingin, air mineral yang bawak dari kedai tak naik suhunya dan maintain dingin sampai tengahari. namun begitu pancaran matahari sangat la terik sampai mata menjadi sekecik munkin bila dok berpanas.

si korea ni pulak bagi order lebih-lebih, ingatkan aku ni engineer merangkap pomen merangkap helper merangkap kongsikong ke? orang lain lunch dengan capati ada yang lunch dengan claybrik ni kang. sabo...

technically, aku rasa orang kita memang ada edge sendiri. ditambah dengan kemahiran semulajadi mengalter (tengok je la mat rempit malaysia). pulak tu kita mudah bercampur dengan kaum lain dalam level yang berbeza, dari top management sampai la kuli driver. doakan team konstruktion malaysia sini berjaya.. amin...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...