Tuesday, May 10, 2005

Nasib baik baca komik

member aku dapat kontrak buat renovet satu library di satu IPT kat selangor nih. kira macam projek kecik dan mewah. seronok dia dapat belajar mende2 mahal ni (terbalik dengan aku, dok blajo teknologi save budget je dari 1st day keje). tiba satu peringkat finishing di mana dia kena buat granite finish, mende corak2 batu(?) atas lantai tu, biasa nampak kat hospital n kompleks shopping.

orang-orang 'intelegentsia' sana dah design granite finish nih, kiranya member aku ni kena buat je la takyah soal banyak. tapi tah camana dia musykil dengan design tu. last2 dalam meeting dia pun tanya.

"cik, design camni tak berapa elok sebenarnya"
"Apsal lak, kami dah mintak lec kami buat, dah mesti sesuai punya", kata klien
"bukan pe cik, design ni design ala2 agama budha ni"
"hoh! mana awak tau?"
"saya tengok dalam komik, biasa kalo diorang seru dewa2 diorang ada la kuar corak camni cik, saya rasa elok tukar la macam tak sesuai nanti"

klien tu pun pikir panjang, akhirnya bersuara..

"camni la, saya pun rasa camtu gak, oleh tu saya bagi awak design dan buat sekali granite finish tu, minggu depan saya nak tengok dulu design tu, ok?"

"kira V.O la ni cik, design harga lain" tanya membe aku tu..

"hoo laa, dah gi buat keje"

akhirnya member aku dapat la VO (variable orde) sebab dia kena design n buat sekali granite finish. sapa kata baca komik ni buang masa je... :)
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...