Wednesday, April 20, 2005

Nilai Ilmu

sewaktu pi jalan kat satu shopping kompleks yang agak tenang kat lembah Klang nih (tenang bermaksud kurang remaja berpeleseran, kurang aktiviti mengarut dan lebih ramai famili berjalan dari couple), ternampak la aku satu studio seni. biasa la takde keje aku pun pi la melawat galeri diorang. lukisan superb, canggih, sangat artistik dan ada nilai komersial. tapi yang makin aku kagum ialah...

semua artwork yang aku kagum tu budak2 14-16 tahun yang buat. lukisan budak 12 tahun ke bawah pun ada yang tahap pro. memang aku tak amik seni waktu SPM dulu, tapi insyaAllah dengan mata berspek ni dapat la nilai seni serba sedikit. memang dasat, kalo korang pergi memang kagum dengan hasil kerja diorang.

yang aku kagum lagi, ye lah, banyak2 budak yang belajar dalam tu, susah tul nak cari yang sebangsa dengan aku. terasa macam bukan dok di negara sendiri kekadang. memang yuran belajar kat sini agak mahal, aku tak membandingkan kemampuan seorang anak berpendapatan rendah dengan orang2 elit di sini, tapi daripada dok derma kat CounterStrike dan Ragnarok, baik la depa lepak sini. heh bunyi macam membebel lak.

bertambah kagum lagi bila tengok mata budak2 yang belajar ni, semangat untuk belajar dan meneroka masih kuat dalam mereka, "Eagerness to Learn & Explore", sesuatu yang fitrah dalam manusia, cuma pembawakannya selalu salah. Semangat betul diorang belajar, tak kisah la bercalit2 warna, kena lukis 10x, tapi atas didikan pro cikgu diorang (yang aku kagum gak), diorang dapat menghasilkan satu karya melampaui batas umur diorang.

apa aku tulis kat sini sebenarnya takde apa pun, cuma berkongsi kekaguman dan kekesalan aku. makin jauh berjalan macam-macam kita rasa, ada beruntung tapi banyak penyesalan..

wallahualam

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...