Saturday, April 02, 2005

Bulan BAru.. Cabaran BAru... (sokmo gitu)

A new month.. a new challenge

Lepas dekat dua bulan berada dalam bidang sendiri, barulah tau betapa ceteknya ilmu yang ada di dada ini. Tiada apa yang dapat dibangga dengan sekeping skrol dari uni, struggle tetap berterusan walaupun dengan rasminya dah abih blajar. cabarannya lagi besar dan platformnya juga pelbagai kerana tiap hari menjadi antaramuka dengan mereka yang berpangkat tinggi, idealis serta berpengalaman kepada yang menukang batu, muda dan tidak mahu memikirkan pandangan jauh. antara menjadi antara muka atau bermuka-muka, selamatkan diri sendiri ataupun selamatkan satu projek, etika ataupun keuntungan, masa ini barulah teruji. semoga Allah sentiasa meletakkan aku dalam hidayah-Nya.

disebabkan aku lambat anto karya, maka dalam 2 keluaran MAto-Mato ni aku tak dapat apa-apa imbuhan, kena tunggu keluaran 13 la kot. tu la lain kali rekod setiap karya yang dihantar, baru la tau status stok terkini. sendiri salah la ni. kena carik lubang lain takpun bertapa lagik nampaknya.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...