Monday, November 08, 2004

Lepak KL sat..

huh lama tul tak update.. keje menimbun skang.. atau aku yg dok reti nak uruskan masa? tah la.. tu susah tak independence ni, sume kena refer senior officer, tapi bila depa takdak, kena outsource sendiri.. hai dugaan tul.

weekend lepas lepak kl. niat nak p UK Edufair 2004, sementara tu pegi la melawat kawan-kawan se'komik'an jap kat Balai Seni Lukis Negara. agak suram skit sebab tak ramai yang dapat mai, samada sibuk ataupun cuaca, lagipun nak kat raya ni baik shopping raya ye dok? tapi ramai gak yang dapat hadir dan stay sampai berbuka. huh kalo nak disenaraikan topik sembang memang tak abis, tapi tu la.. macam-macam adaaa...

Mekasih pada Azrin krn sudi sponsor pizza lagi, dan juga pengurusan Laman Seni 2004 kerana menjemput geng2 bawah tanah ke majlis berbuka puasa. heh tapi sume pakat dok belakang (dekat dgn stok makanan caterer), so kami melantak tak ingat planet la seko2.. aa? tak cukup lauk? huihhh.. kami siap ada pinggan khas utk kambing dan ayam lagi.. muehehehe!

Esoknye p CM jap dgn Shidi, peh dah berkurun dok Mesir tu leh ingat area kl dgn clear, aku gak yg terkapai2 nak carik jalan p LRT. pulak tu harga pen naik 40 sen.. berkira tul tokey tu.

Kemdiannye baru la sampai objektif utama aku.. pi tengok UK edufair. walaupun ramai dah dok cite kat aku, tapi penerangan secara berdepan dgn wakil uni lagi menjelaskan apa-apa yang aku dok ragu-ragu selama ni. lihat dari peluang macam ada jek.. mungkinkah akhirnya aku pun fly ke luar gak? ahaks.. doa-doa la ye kerna doa sahabat kepada sahabat yg lain mudah dimakbul insya Allah

huih.. jadik macam digital diari pulak ni. ilal liqa'! dan tumpukan kepada apa yg anda buat sekarang ni, kerana orang melayu bukanlah malas... cuma tumpuannya selalu teralih..

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...