Tuesday, August 31, 2004

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-47!

camana kau menyambut hari kebangsaan tahun ni? dengan menyertai program sambutan merdeka di pusat-pusat bandar? mengira 'countdown' beramai-ramai di dataran? menari dan menyanyi di pusat hiburan? di masjid sambil beristighfar, muzakarah dan muhasabah sendiri? aku? walaupun pusat sambutan merdeka tak sampai beberapa minit dari rumah atok aku, tapi aku lebih selesa lepak sana sambil minum kopi panas dan bersembang hal-hal keluarga, dah la jimat duit, sejuk, tenang dan insyaAllah selamat. takde isu best sangat pun, cuma atok (nenek kami panggil tok) review balik kisah arwah aki dan dia mengharungi zaman british, jepun dan british balik. dulu orang jepun mai tanah melayu sebagai pedagang, diorang ada jual kuih gulung siap ada permainan utk 1sen (ding dang dah lama ada rupanya). bila dengar kisah kekejaman orang jepun ni (kisah arwah pak mat kena pancung di tengah bandar Pekan, sepupu [kot?] atok dan kawan-kawan kena rompak dan bunuh dek askar jepun waktu nak berniaga di hulu, mcm2 lagi la) pelik gak camana diorang menjadi idola skang ni. agaknye bangsa kita ni memang mudah lupa kot, sepertimana kita cepat lupa isu-isu hangat sepanjang tahun yg sudah terjadi berulang-ulang kali tapi sikit pun tak amik iktibar, wallahualam...

skang ni tengah rush nak siapkan:
- Doa Ibu (fasa lettering)
- Projek Cryogen (fasa lettering + mengemas)
- Zine Cryogen 0.02 (harap sgt dapat siap malam nih..)

ok la cuti pun dah abis, sambung keje balik no. ilal liqa'!
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...