Friday, September 03, 2004

Cerita Ceriti

::>1

DS Anwar Ibrahim dibebaskan. alhamdulillah..

::>2

tepat jam 6.00 pagi, lebuhraya pantai timur (lpt) akan mula mengenakan tol. aritu diorang dah testing dah, nampak harga macam agak mahal. tapi kite tengok dulu la camana rate dia. kalo mahal nanti ada la yg mengamuk.

setakat ni x de lagi berita kemalangan dahsyat di situ, kereta rosak banyak la. walaupun orang dok bawak mcm f1 (kl-kuantan in less 1 hour? peh), tp takde lagi kes dasat. harap nye camtu la sampai bila bila, amin..

::>3

transfer lagik.. aiseh. bukan tak suka hijrah ni, tapi biasa la sindrom takmo keluar dari kepompong selesa nih. banyak kena buat, lagipun ni tempat orang (walaupun aku dah dok situ kat 3 tahun dulu.. 7 tahun yg lepas la nih), harap2 dipermudahkan semua urusan dan dielakkan 'bad impression', aku ni tak peramah, tu je masalah aku kot.

::>4

tak dapat nak pi balai seni lukih negara sabtu ni. mesti ramai yang rindu (silap, ramai yg bengang ada la hehehe). harap event bulan ni lagi bes dari bulan lepas. dan harap-harap impak yg diorang harapkan dari event ni akan ada la hasilnya, bukan setakat omongan kosong di forum internet yang tamat di internet, camana tu ye?

::>5

tengah ronda-ronda internet terjumpa pulak site BT utk transformers anime! aah jadi satu kerja pulak aku dok download cite2 tu. kat site tu ada 3 generasi transformers; headmaster, masterforce dan super link. kenangan lama kembali semula.. aah cepat la siap download nih! nanti aku review semua siri bila dah dapat cara nak capture vidcaps ni dgn cantek skit.

::>6

malas? aku tak rasa macamtu. mungkin aku tak berjalan abis dunia ni lagi, dan tak belajo psikologi, tapi dari pengamatan aku, orang yang dikatakan malas tu sebenonya rajin, cuma usahanya bertumpu ke mende lain. contoh budak malas pi kuliah, tapi rajin tengok dan hostkan anime, rajin setup server utk CounterStrike, rajin pi dating. contoh aku malas nak lukis page baru, tapi aku perabih 2 novel, tah berapa puluh majalah/komik dan taip blog (haha alasan je nih). jadi istilah pemalas ni agaknya 'seorang yg usahanya tak bertumpu kepada yg sepatutnya' haha tak bes takrifan lughotan aku nih, kena blajo balik lughoh, mantiq dgn balaghoh nih..

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...