Thursday, August 26, 2004

Menaip sebelum Subuh...

Tido lepas subuh, mahal rezki

kata-kata ini amat benar, walaupun dah kena banyak kali sebelum ni, tapi kali ni kena lagi. 3 hari lepas kami dapat tah berapa biji durian, best tul, isi kuning, lemak, tebal, besau, kiranya hampir sempurna keadaannya utk sebijik durian. punya la best sampai aku mampu makan 3 ulas je pastu muak (aku x thn muak). ingatkan ada reserve untuk esoknya, aku pun tido la lepas subuh.. bangkit2 semua dah abis, tah bila org makan tah.. apa lagi.. sedih aa.. T_T ...

pastu sehari lepas, mak buat lempeng, tapi kuah sardin (pelik tul resipi kali ni), aku dah bau dah, tapi sebab ngantuk stay up, tido je la. tengok2 dah abis..

tu baru makanan, kalo mende lagi beso pada ni camana? beringat sebelum kena.

Garis Pemisah

baca blog ciki-eng, baca blog tah sapa tah, jumpa link ikim.fm. ok, di sini aku cakap siap2 aku ni bukan la peminat dan penyokong nasyid, deep down aku rasa banyak lagi cara dakwah yg lagi best, bagi la point camana pun itulah stand aku. itu KIV dulu ye. yang masalahnya skang nih, apa itu nasyid @ nasyeed @ apa2 je la. sekadar genre? amik maksud asal? ataupun memang nyanyian dakwah? kalo begitu, kenapa lagu amuk dgn oag takleh dpt anugerah ikim, walaupun irama rock, tp tema ketuhanan. lagi nasyid pulak, apadia ajak bercinta kat ipt nih? pasni jgn la kecoh pasal pelajar IPT layu no, sebab dinasyidkan sekali konsep hedonism pada level tinggi nih. baju melayu kemas/kemeja dan berkopiah doesn't make u a da'ie. di sini perlu garis panduan utk penasyid, pendakwah, nasyid dakwah, nasyid kontemporari, nasyid hiburan, nasyid rock, nasyid hip hop or new rave.

bukan tujuan merendah mertabat nasyid, tapi diorang yang merendahkan diri sendiri. kalah dgn demand, ikut trend, tunduk pada kehendak fans dan market, jadilah keuntungan sebab utama dan bukan dakwah. sekian pendapatku yang jumud, wassalam...

Walimatul Urus

aku tau diorang takkan baca blog aku nih, wallahualam kalo terjumpa, memang takdir la tu kot. tahniah utk 2 member baik aku, Abdullah dan Musyrif sbb korang dah berjaya mendirikan masjid. dolah kenduri temeloh, musrif kuantan, tapi sedara aku kat kl, insyaAllah aku pos kad je la utk korang. sedih plak tak dapat mai nih T_T.

akhir tahun ni dengar cite ada 2 org lagi nak bina masjid. wanzu kata ni satu amaran, hehehe amaran soh kawen ke amaran bahwe umo dah lanjut, beringat kat rumah batu dua skit, asik lagho jek.

rajin2 p sini >> Weblog Seni kami sebab aku tak pos sgt dah artwerk kat blog sendiri. oh dah ngaji dah tu, minta diri dulu...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...