Saturday, March 20, 2004

what happened to all other issues?

masa kempen ni, kite kedengaran banyak sekali isu-isu ditimbulkan, rasuah, manifesto tahpape, kroni, etc etc, dan kebanyakannya hanya bertumpu kepada politik. Ye lah, pilihanraya, semua ingin tahu, bagaimana prestasi calon mereka, adakah mereka berkemampuan menjalankan tugas? adakah mereka benar-benar prihatin tentang keperluan rakyat (dan tidak lupa kepada opportunist yg sibuk bertanyakan projek apakah dia dapat lepas p/raya).

Dalam sibuk-sibuk ni, berapa ramaikah yang masih prihatin tentang isu rogol dan bunuh wanita & kanak-kanak bawah umur? ataupun isu tembok besar Israel di Palestin? mungkin juga berkenaan dengan isu tanah runtuh yg berlaku di Bukit Tinggi resort? (hah? ada ke? kalau ada pun kecik je, tak perlu diwartakan, hehehe)

bukannya aku mengatakan aku ni baguih sgt, dok la. tapi perasan tak bagaimana media mempengaruhi halatuju pemikiran minda kita semua. kalau diperhatikan macam minda orang malaysia ni dikawal selia oleh media, daripada pegangan politik (ops, kenyataan neutral), sukan diminati sehingga ke gaya lipatan tudung. aku masih ingat sewaktu adik beradik sidek menang piala thomas dulu, aku disuruh bermain badminton, sedangkan aku amat berminat dgn bolasepak dan teakwondo. dan juga tersebar berita tentang pelajar lemas di sekolah lamaku, menyebabkan semua orang bimbangkan aku, padahal sungai bermeter2 jauhnya dari asrama, takkan ada kes budak asrama mengigau dan masuk dalam sungai, melainkan dia buat-buat mengigau.

dari situ kite boleh lihat macamana persepsi kita disempitkan oleh media, isu besar dikecilkan, isu kecil dibesarkan, isu berebut tiang poster dikecoh-kecohkan, isu murtad? siswazah menganggur? surat pak tua diiklankan dalam tv, petisyen penduduk mengadu tentang kerosakan akibat projek pembinaan? petisyen pelajar? hmm cermin-cerminkan diri anda (pinjam Aziz Desa punye quote)

Best of The Week

Best IPT


::Akademi Fantasia::
although nobody ever question their integrity and excellence like most IPTS, but it has become the favourite choice for student to pursue for their ambitions.. yeah Malaysia boleh!

TV Show of the week

don't worry, unless your tv broke down, u can't miss it

Best Quote
Your Vote determine the future, not the posters
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...