Saturday, March 20, 2004

Eve of N-Election

takde apa sangat yg menarik hari ni, yang digembar gemburkan ada riot akan berlaku, takde pun (tahniah pak polisi!), waktu siang yang dijangkakan jem, tak jem pun (haha, dapat beli komik dengan tenang), atau mungkin aku yang tak tau hal luar (balik ngajar, baca komik, sketching skit dan kroh2)? hmmm bila upah tuisyen nak dapat nih (ikhlas, ikhlas gak, tp kalau nasik dan air tu boleh dibeli dgn keikhlasan dan bukannya sen, seperti zaman dulu2, kan best)

dialog hari ini:-

anak: (sedang bersiap), mak, org nak kuar jap, ada ...
mak: (memintas dgn pantas) haa nak gi mana tu? kempen ke? aa awak tu kempen laa utk BN, tak payah laa kempen utk Pas ke Adil ke, awak tu dah la tak keje lagi *** (panggilan keluarga) oii, haa ni nak gi ke mana ni?
anak: (muka blank, tp teruskan bersiap) aa nak p kat dewan besar tu jap, pastu gi....
mak: aa pakai la topi biru dgn baju biru ayah aok dapat tu, selamat skit nanti, kalo pakai hijau nanti kena baling batu pulak, pastu nanti tak dapat keje pulak, haa kan ke naya..

lepas tu, satu meja makan dok cite politik, sebelum ni cite pasal baby2 sedara mara, pertukaran topik yang begitu drastik

anak: aaa.. mak, gi dulu ye
mak: ok jalan baik baik, ingat ye jangan p kempen tak senonoh tu, nanti kena tangkap polis ke apa ke kan ke payah..
bah: awak ni, dia nak gi ngajar la..
mak: oo ye ke, nape tak cakap, aa ngajar baik2..... (sambungannya x brp clear sbb anak dok kalut cari buku rujukan)

payah betul minggu ni, apa saja yg dibuat mesti berkait dgn politik. takpe la, 5 tahun sekali...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...