Thursday, July 31, 2003

assalamualaikum..!

think i'll write in my native language today...
pagi2 lagi kena gerak dgn panggilan daripada KL, mak mengkhabarkan bahawasanya kak yah dah slamat bersalin putri sulungnya semalam dlm kul 11. Alhamdulillah.. syukur semua slamat, dan pastinya semua tgh dok gembira kat KL tu. tapi nama tak letak lagi.. dlm kul 10 pagi lak dpt sms dari kak yah mintak aku namakan putrinye tu.. emm.. kalau otak tgh dlm mode sastera mmg best la pk nama, tp tgh dlm mode engineering nih... ada terletak Siti Poliethilene kang.. tak ke haru? tp sempat la bagi suggestion skit. ye la daripada menghampakan terus baik kite berikan jalan skit.. kan?

Latihan diteruskan lagi, lepas balik dari UM. kali ni dikonfirmkan semua acara seni dgn olahraga akan dipertandingkan utk pemilihan peringkat apa aku pun tak sure, tp kat gelanggang lapangan terbang, under mak ngah. masalahnya sume pakat balik ni, latihan utk seni yg berkumpulan mcm masal.. jadi satu masalah la. jurus wajib kena baiki lagi, silap aku gak .. [adeii], tempur kena naikkan stamina [malu nanti dgn geng2 remaja], solo pulak kena byk main pencak daripada dok buat bunga.

team olahraga.. hehehe nampak gayanya kena berserah je la. percubaan kedua utk tidak jadi lauk, percubaan pertama agak berjaya, semua kalah dengan kutipan mata, tiada KO ataupun jadik punching bag di tgh mattress.

yg jadi lawaknye.. slalu kami dapat last minit info, kali ni mmg kronik sgt, pemilihan tp semua tak bersedia langsung, sbb dlm kepada masing2 lambat lagi pemilihan ni. agaknya dah takdir ahli-ahli gayong ni kena maintain stamina dan selalu sedia dalam semua acara pada setiap masa. agaknye laa...

Projek tahun akhir.. tah bila nak siap kajian ilmiah ni. apa-apa hal kena submit sblm konvo, tak nak kerja bertambun2 lagi. lepas cuti ni dah kena 2 test, pastu tah apa lagi keje2 yang mendatang. harap pada Allah je la mintak di lapangkan waktu dikala kesempitan.. amin..

Malam ni latihan diteruskan, kajian akan disambung, dan harapnya aleh dan kak yah akan berbahagia dgn putri baru mereka.. ermm dah dapat nama nanti aku updatekan blog nih..

ilal liqa'!

p/s: bila laa nak ubah interface ni? ermm tak ceria langsung...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...