Sunday, September 17, 2017

Susunan Latihan Bulanan


Susunan Latihan di buat sebegini:-

Minggu Pertama - Ulangkaji Asas Memanah
Minggu Kedua - Kemahiran Memanah
Minggu Ketiga - Ujian Bulanan

ataupun begini

Minggu Pertama - Statik
Minggu Kedua - Dinamik
Minggu Ketiga - Ujian Bulanan

Ujian bulanan diperkenalkan untuk mengukur tahap kemahiran dan kekuatan fizikal pelatih. Walaupun ada pemanah yang lebih cemerlang dalam pertandingan berbanding sewaktu ujian, namun ujian ini ada kelebihannya tersendiri. Antaranya:-

- membiasakan pemanah memanah di bawah tekanan
- pemanah akan lebih berhati-hati melepaskan panahan
- memberi sedikit rasa suasana pertandingan

Objektif utama bukanlah untuk menjadikan pemanah ini "game-oriented" ataupun "performance-based-camp", yang biasa dijumpai di kem sukan peringkat tinggi. Objektif lebih luas lagi, namun mengawal perasaan dan mental ketika dalam suasana tegang merupakan salah satu cabang dari cabang panahan.

Seorang pemanah senior pernah berpesan, dalam memanah, kawalan mental dan emosi lebih sukar dilatih berbanding latihan memanah fizikal. Sebab itu kita lihat ramai pemanah kecundang bila dalam sayembara pemanah, walaupun sudah berlatih beribu-ribu panahan. Kerana mental kacau, habis semua teknik hancur.

Wallahu'alam


No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...