Saturday, February 08, 2014

Pocket - alat untuk orang kurang masa berinternet


Internet dan letusan maklumat ialah isu yang lapuk, istilah itu pun aku dengar waktu masih bersekolah. Jadi tak relevan kalau nak takrfikan dia. Tapi dengan kehadiran tablet, smart phone dan akan datang spek mata google dan smart watch, ledakan info sudah melanda semacam tsunami pula. Banyak benda menarik yang dirasakan 'penting' tapi tak boleh baca sekarang. Link @ pautan itu pula kalau dibiarkan nanti hilang. Jadi bagaimana nak uruskan?

"Pocket" (dulu dikenali dengan Read it Later) antara salah satu cara untuk simpan link. Interface agak mudah faham (rujuk di atas). Dan yang menariknya ia ringan dalam smart phone cap ayam dan tablet murah, jadi untuk save sebarang link, cuma tap share dan tap pocket. Ia akan synchronize dengan PC, selagi guna akaun sama.

Setakat setahun ni, banyak masa terselamat sebab aku pocket kan link tersebut dan baca, bila ada masa terluang. Kadangkala info yang berguna mungkin tak penting sekarang, tapi berguna masa akan datang.

Selamat mencuba dan uruskan masa internet anda dengan cemerlang.

Wallahu'alam.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...