Wednesday, February 03, 2010

Pakai Smart

Semalam hero berpakaian kemas sikit. Smart casual kata orang boyan. Macam biasa kena tahan dengan abang polis tambahan sebelum masuk tapak projek. Rejister. Untuk Keselamatan. Anjing 20 ekor tak kenal hero lagi.

Sedang pulun menulis rejister dengan laju (sebab dah lambat) hero di tegur.

"Abang kerja sini ke?"

"Ya, saya memang kerja sini, dengan Main-Con"

"Lain kali tak payah register la, ambil stiker je. Abang ni apa? Arkitek ke?"

"err..tak, kuli-kuli je"

Cis. Ingat pakai smart tu arkitek saje ke? cis cis dan cis.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...