Saturday, February 20, 2010

1/100 Gundam Astray Red Frame (NG)

Segar dari kotak

Projek memakan masa lebih kurang 10 jam (jumlah masa, bukan berterusan 10 jam). Apa yang menarik tentang model NG (No Grade) ataupun Scale Model ialah mekanikalnya masih banyak berfungsi walaupun diringkaskan daripada Master Grade ataupun Perfect Grade. Sesuai untuk orang sibuk tapi nak juga merasa Gunpla ni.

Info untuk kit ini sila klik siniPenggunaan pengepit untuk memudahkan pemasangan kompenen kecil

Bahagian badan dalam proses pemasangan.

Bahagian atas siap dipasang.

Mode Double Light Saber

Mode Pedang Samurai

Mode Rifle

Seperti kebanyakan Gundam Astray, kakinya agak besar dan baggy dan pinggang ke atas nampak tegap. Skala kaki/badan/kepala yang stylish mungkin membuatkan peminat tegar Gundam tak sukakannya. Namun gabungan rekabentuk Samurai dan evolusi rekabentuk mekanis Gundam sejak zaman Seed membuatkan Red Frame nampak garang berbanding model Astray yang lain.

Pemasangan tidak begitu memeningkan walaupun manual dalam bahasa jepun (tanyalah Modellers tempatan, tak perlu masuk kelas Bahasa Jepun untuk faham manual Gundam). Artikulasi memuaskan, banyak pose boleh buat, cuma ada bahagian yang perlu dicantum dengan gam ataupun mod dengan putty untuk kemasan yang lebih cantik.

Sehingga entri ini ditulis, kit hanya siap panel lining sahaja. Kerja mengecat ataupun mod belum dimulakan. Entah bila hendak buat, aku pun tak tahu.

Sekian entri sulung tentang Gunpla dari Modeller N00b. :).

3 comments:

Anonymous said...

cayalah! Smarttt... Aku ingat kao nak tunggu gak MG Red Frame tu. Hehehehee.

- Maya Kurin

Faisal Nordin said...

aku dah tengok la. sangat buruk aksesorinya. preview dah semat, final kantoi. kechiwaaa!

tangh!! said...

cantik, smart, tapi aku tak ske seed, apsal tak beli heavy armor? :D

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...