Saturday, January 30, 2010

Pengajaran minggu ini

Dalam tahun 2010 ni, mungkin minggu ini paling banyak pengajaran aku dapat

1. Kerja effektif dan profesional beretika bisa membatalkan fitnah dan komplen tidak berasas
2. Tiap kerja yang dibuat, tak kira teknikal ataupun pengurusan, cakap (verbal) atau bertulis (written), mesti diletak dalam log. Dan log itu mesti sedia untuk dibawa ke pengadilan sentiasa.
3. Kalau tak tahu, tanya. Duduk diam ertinya membunuh karier.
4. Rancang kerja (sendiri) untuk 5 hari, 1 bulan, 3 bulan dan sehingga tamat projek.
5. Sebelum melangkah alam pekerjaan, elok belek kitab "Employment Act". Tahu hak anda. Tahu tanggungjawab anda. Apa yang ditulis dalam kontrak biasanya AMAT kurang dari Akta. Kalau jadi, lawan dengan cara professional.
6. Batu kayu besi takkan bergerak sendiri, pelan bangunan takkan menjelma jadi bangunan dengan automatik.
7. Walaupun bukan kerja anda, ambil tahu tahap kemajuannya. Analisa keefektifannya. tapi ia berbeza dengan jaga tepi kain orang.
8. Makin lama belajar makin banyak yang tidak tahu. Tak apa. Memang fitrahnya begitu. Ilmu itu statik kalau kau rasa dah cukup sangat ilmu itu. dan makin cepat le kamu expired.

Itu saja kot. Nak berkemas balik kampung. Minta diri dulu. Wassalam.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...