Friday, January 01, 2010

Dividen Kartun

Sembang-sembang dengan isteri. Dan dia buka topik katun.

"Bang nak tahu, ada budak buat wallpaper katun abang?"

"Ha.. ya ke? Katun mana?" biasalah, mesti teruja.

"Katun bertudung, tapi abang kaler je, budak lain yang lukis,"

"Ooo..yang itu, sapa yang ambil?"

"Manager section,"

Terkedu kejap. Tak sangka Manager Section suka kartun muslimah. Masa banyak kelapangan dulu, memang banyak buat collabo dengan artis lain. Tapi banyaknya kartun bertudung je. Tak sangka ada yang suka. Ye la, kerja suka-suka, bukan ikut tema ataupun konsep apa pun. Janji sedap mata.

Kemudian aku teringat kata-kata seorang sahabat.

"Zaman digital ini, karya hidup lebih lama dan pergi lebih jauh dari artis itu sendiri, maka berhati-hatilah bila berkarya, takkan kau nak bila kau dah takde nanti, saham jahat kau makin beranak-anak dividennya, kan?"

Bakat, kemahiran dan ilmu yang ada adalah amanah. Kena berfikir sejenak sebelum meneruskan satu usaha itu. Timbang tara yang baik dengan yang buruk.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...