Saturday, June 21, 2008

Kerja mesti ikhlas!

"Kau dah tengok pamplet ni?" hulur A kepada B.

B membaca dengan tekun. Hero menyibuk dengan taksub.

"Ini kan khariat kematian dengan doa tahlil untuk kawasan kau," kata B, "apa kaitan dengan kami pulak,"

"Ye la, kau bacalah dibelakangnya, mereka hendak hantar budak ke Mekah, belajar Tahfiz Quran, maka dengan duit derma semua-semua tu boleh la buat belanja ke apa ke,"

Hero dengar dengan tekun. Baca dengan tekun.

"Eh, empat hengget satu roh? Fuh ini dah macam komik manga, boleh kira-kira roh pulak!" sampuk Hero.

"Itulah kau, budak-budak. Tak paham. Itu dia letak minimum je. Kau nak bagi lebih takpe, ikut ikhlas la," kata A.

"Kalau ikhlas aku seringgit camana?" kata B.

"Kau ni pun satu, gaji ribu-ribu. Empat hengget pun kedekut. Camana nak murah rezki. Kerja mesti ikhlas! Amanah kena jujur!" bentak A. B dan hero terdiam. Emosi sebelum makan tengahari mungkin.

"Tapi kan..." hero menjeling ke mesin fotostat.

"... yang kau guna mesin fotostet buat pamplet banyak-banyak tu, jujur sangat ke?"

"Entah! Amanah kena jujur, Kerja mesti Ikhlas!" B menjerkah A kembali. Sudah lama ingin memulang paku buah keras.

A terdiam. Mesin fotostet terus bekerja dengan ikhlas.

Salinan ke 256 dalam proses.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...