Monday, June 23, 2008

2 Ibu dan 1 Jurutera


"Camana nak buat ni? Sinki takde lagi" kata Makku.

"Tah la kak, susah kita nak bertinggung basuh ikan daging semua ni," sambung Maknya.

Tah camana hero pun muncul. Berpeluh-peluh. Sukar agaknya memasang trek langsir.

"Abah kamu salah beli sinki, tak ngam dengan lubang paip ni" belek Makku.

"Kalau tak ngam, mana boleh pasang," jawab Hero.

"Nanti..." Makku mula berfikir. "Cepat cari apa-apa salur yang boleh sumbat sini," katanya sambil menunjuk ke lubang outlet sinki.

Hero mendengar saja, sibuk menuang air oren dalam gelas. ahhh segarnya rasa air oren di kala panas tengahari.

"Eh, minum-minum pulak. Cepat tolong Mak pasang," kata Makku.

"Mana boleh masuk, dia punya lubang skru tak ngam," Sambil minum oren, hero membelek bawah sinki.

"Takpe, kita cuba selak bawah paip ni!"

"Boleh ke?" tanya Hero.

"Kalau pecah beli baru, lagipun sinki ni kan besi, paling kuat pun bengkok," jawab Makku.

Dengan susah payah. Makku dengan Hero dan Maknya cuba menyelit besi sinki diantara besi paip dan besi penyokong singki yang sudah disemat pada dinding.

"KTANG!"

Berjaya!

Makku dan Maknya gembira dan tersenyum puas. Namun hero masih ragu. Dia cuba meletakkan daging beku 5 kilo di hujung sinki. Ya, kedudukan yang boleh menghasilkan momen lentur maksimum sebanyak 50Nm. Wah! Kukuh pulak tu.

"Air keluar macamana pula?" tanya Hero. Paip outlet dibeleknya.

"Kak, kita cuba pakai ni," kata Maknya. Dihulurnya hos paip mesin basuh yang tidak dipakai. Dengan penuh skeptikal, hero cuba menyumbat pada lubang outlet.

Gruk Grak! Ktap!

Sukses! Sukses!

Hos paip boleh ngam pula dengan outlet sinki. Sebagai tukang bangunan, Hero menjadi segan kerana tidak terfikir idea itu.

"Itu la, jadi injinier tapi dok main game baca komik je kejenye," kata Makku sambil mencubit lengan hero.

Akhirnya Makku dan Maknya gembira sambil memasak dengan penuh riang ria di dapur. Hero pun gembira sebab dapat makan masakan ibu-ibu hari ini. Tak kisahlah dengan komen yang pedas tu, ia boleh diampuh dengan ikan asam pedas Maknya.

Konklusi: Ibu-ibu mempunyai daya kreativiti dan fikiran di luar kotak yang lebih hebat daripada yang kita sangkakan. Oleh itu, sayang ibu kamu selalu. Sekian.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...