Wednesday, February 13, 2008

Gado-Gado Komik

Ni la realiti (atau apa yang kita nak dengar) tentang komik malaya. Tak abih-abih nak kontroversi sana sini. Tapi yang menang masih komik via torrent.

Untuk membaca antara kontra dalam penghasilan komik, boleh baca di sini

>Unika PTS - Kontroversi Komik Syariah-Compliant

Pendapat aku?
Agak sukar untuk berkarya mengikut naluri sendiri dan mendapat sambutan ramai (kalau itu objektif anda), dan juga mendapat satu produksi yang benar-benar ikhlas dan telus dalam mempromosi karya itu (kalau objektif berkarya adalah untuk jualan). Nak tak nak, kena juga patuh kepada terma yang ditetapkan oleh si penerbit. Kalau tak suka, penerbit lain kan banyak, kalau karya itu hebat tentu tiada masalah.

Ayat yang selalu aku dapat tatkala cuba menentang pendapat mereka "dah dia investor, kau ikut saja lah"

Mungkin teramat sucks pendirian ini, namun kadangkala kita perlu melihat dinding di depan kita bukannya penghalang untuk mengecapi kejayaan, tapi ia adalah satu platform menegak yang perlu kita panjat agar kita dapat mencapai sesuatu yang lebih tinggi lagi.

Kurangkan kontroversi, tingkatkan produktiviti...yeahh...

6 comments:

Anonymous said...

lukis je pokok2, senang cerita.

Uh! Kacang! KACAAANGGG! Lukis kacang! (tiada kena mengena ngn skk)
:o_O~ kangaq

Anonymous said...

betoi! betoi! hentikan terus berbalah. lukis/tulih banyak2

Anonymous said...

Aku nak lukis cerita huruf je. Huruf O pakai tudung labuh.
Comelnyaaaaaaa oooooooo...

Huruf F aku tak nak lah lukis. Huruf F macam ni F. Kalau lukis F watak lelaki, takut HARAM sebab tengah-tengah huruf F tu terpacak je.

Faisal Nordin said...

>kangaq
aku pun ingatkan kole kacang tu mutasi kuih2 jadi orang. hahaha

>Kak Zalisa
betul kak, lagi tak tulis, lagi tak popular..(copy dari blog mana tah ;) )

>akira
ekau patut blajar khat, itukan dapat menyucikan jiwa kerana perlu bertasbih bagi mendapatkan strok yang baik...no? :)

ijoi said...

apa kata, semua kartun yg tak tutup aurat tu kita tutupkanlah aurat dia, blurkan aje....macam kat tv tu, skrgni aku tengok tv3 smlm (rcgn utk pompuanle) pun dah blurkan kat tempat yg terdedah, yg peliknya pengacara dia pakai baju terdedah pastu diblurkan..heeiii blur otak memikirkannya
Aku hidup dalam Blur
Blur untuk aku
Blur Selamanya
Blur Gang

Anonymous said...

Akira, ya.. ya. Huruf F mcm ada dua kepala pasal tu ketara sangat... uhuhhu...
|o_O|kangaq

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...