Bulan 10, tahun lepas.
Mak Ngah mengajak kami pergi ke rombongan kahwin anaknya ke Terengganu. Semangat betul sampai ziarah hari ini cerita pasal kenduri saja.
"Bila Mak Ngah?" tanya Hero.
"Dalam bulan tiga" katanya dengan senyuman meleret hingga ke telinga.
Gembira tidak terkata. Ye lah, akhirnya anak terunanya selamat akad nikah dengan orang yang baik-baik.
Bulan 2, tahun ini.
Mak menggeleng-gelengkan kepalanya. Lepas dia meletakkan telefon, dari tadi asyik geleng. Ditambah dengan keluhan-keluhan.
"Kenapa Mak?"
Jawab Mak, "Mak Ngah kamu tengah pening kepala."
"Kenapa pening kepala, ala kenduri kahwin mesti mak pak pening kepala. Biasalah tu." Hero cuba melapangkan hati maknya.
"Bukan, ini pening lain, tarikh rombongan Mak Ngah kamu itulah,"
"Ada apa tarikh itu? Kan cuti sekolah, cantik la tu?"
"Masya-Allah, kamu ini betul la, tak peka dengan hal ehwal semasa," Mak membulatkan matanya, "8 Mac bersamaan Sabtu itu tarikh mengundi untuk Malaysia"
Hero menepuk dahinya, "A ah ya, lupa pulak kita kena mengundi,"
"Err.. habis tu camana Mak?"
"Ntah lah...Mak pun tengah pening ni,"
Maka Mak dan Hero duduk menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh. Tidak lama kemudian datang pula adik Hero. Dia pun menyertai aktiviti geleng dan mengeluh.
Entahlah Mak Ngah... Nak buat macamana ya?
No comments:
Post a Comment