Sunday, October 22, 2006

Buku: 1511



Siapa dia Nyemah Mulya? adakah dia pejuang atau petualang bangsa? adakah dia cuma perempuan lemah dan pasrah ataupun srikandi pahlawan melaka? adakah dia pendekar ataupun ahli sihir?

Novel ini walaupun adalah satu fiksyen, tapi berdasarkan fakta dan maklumat yang mempunyai sandaran dan boleh dirujuk. seperti novelnya yang lain, semangat perjuangan dan menginsafi pengorbanan banyak disuntik secara halus ataupun jelas dalamnya. unsur kependekaran melayu tidak bertentangan dengan syiar Islam, tidak seperti kebanyakan minda kita yang memikirkan keduanya adalah bertentangan, mengiyakan sekurlarisme dalam hal jatidiri kita. itu antara unsur yang aku minat dalam novel ini.

bacalah, sebagai alternatif novel jiwang karat dan komik merapu perasa mangga dan keju... sekali sekala menyerap semangat kepahlawanan dan perjuangan yang tak kunjung pengkahiran.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...