Saturday, July 08, 2006

Henti!



berhenti sekejap. kadangkala aku asyik lari kehadapan, aku perlu berhenti ke tepi sebentar dan lihat kebelakang, setakat mana aku dah pergi, adakah cara larian aku ni betul? ataupun aku boleh buat lebih baik lagi.

kemudian tengok peta dan papantanda, adakah aku pergi mengikut jalan yang betul? ataupun patutnya ada jalan lain yang lebih baik? ataupun asalnya jalan aku ni memang salah? mungkin kena baiki kasut dahulu, ataupun aku terlalu memandang kiri dan kanan sehingga perjalanan jadi lambat.

duduk diam dan lihat sebentar, mungkin sang kura-kura tidak bersetuju dengan idea ini kerana dia sedang berlumba dengan sang arnab yang pantas, tapi kura-kura perlu tahu kalau dia melakukan sedikit sahaja lencongan maka padahnya tak terbayar oleh keturunan kura-kura selepasnya.

1 comment:

Kalamtimur said...

Jiwa Ais.
Artwork yang ini menampakan kematangan sedikit, syabas teruskan usaha.

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...