Sunday, May 21, 2006

Musim Kahwin tiba lagi

musim sekolah nak tiba,maka musim kenduri kawin pun kunjung tiba juga.kat sini aku ucapkan tahniah pada Ca'a, Gecko dan Kip kerana hangpa semua akan selamat mendirikan rumah tangga awal Jun ni. semoga berbahagia hingga ke syurga firdausi.

malang sekali aku tak dapat hadir kenduri korang kerana kena tolong kenduri sepupu aku di Pekan,Pahang.sekarang kalau ikut tangga kelahiran, aku la paling tua tak kawen lagi dalam kategori sepupu2 aku. kena mula susun strategi ni. :)

aku doakan agar majlis hangpa semua berjalan lancar.nanti kena salam dan menuntut dgn depa ni aura hikmat 'Ketenangan Menghadap Tok Kadi' dengan jurus 'Baca Nikah Selafaz Senafas Sekali tidak terbatas'. hikmat 'Ketenangan Jiwa Menghadap Mentua' tu dah separuh kuasai dulu.

kawan-kawan yg pegi kontact la aku,nak kirim hadiah ni...

::akan datang.. AMD 64 3k+MHz in da house? yehaaa! ::

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...