Monday, May 01, 2006

Labour Day? no labour here...

petang 30 april,semua tiada semangat untuk kerja.peralatan tukang dicuci awal,mesin pembancuh disiram air,jentolak awal-awal dah blah sebab kontrak mereka memang sampai jam 2 saje,tapi bagi pekerja senior,mereka terus bekerja dgn tekun,menyusun barang untuk kerja esok hari mengikut arahan forengineer (pomen+engineer).

"barang ni nak bawak ke mana?"tanya forengineer malaya yang masih mentah
"sir,ni utk buat footing kat blok sana"jawab pomen dari nepal yang ngaku muslim
"aik,rajinnya,esok keje ke?"tanyanya kembali
"ye bos,ni doha bos,labor day pun kami keje"jawab pomen

terpaku jurutere sebentar, satu dunia meraikannya,kenapa negara ni wat dono je?

"sebab mana ada rakyat depa jadi buruh"jawab mr. badman

betul jugak tu,tapi adakah ini sebabnya menafikan hak mereka yang telah bermatian membina kemegahan mereka.menafikan mereka yg dibayar rendah untuk membuat kerja yang sepatutnya diselesaikan oleh jentera berat.mereka yang bekerja sehingga tidak pernah melihat mentari bersinar di asrama mereka.3/4 masa hanyalah untuk projek.hidup dan mati hanya untuk sekeping surat berisi riyal.

tapi siapalah engineer itu?dia pun cuma datang mencari rezki dan pengalaman di negara orang.bukan sorang aktivis mahupun pejuang.mungkin ada suara yang lebih lantang pada satu masa nanti,tapi bukannya dari dia.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...