Wednesday, May 03, 2006

Garpu dipersimpangan

forengineer dapat cuti.mula dari 6hb hingga tak tau bila.tiket dah komfirm dan dokumen dah selesai dan lengkap.terkejut bila dapat tahu hanya dia saja ditahan passpot oleh majikan.apa?dah tak percaya ke sampai buat begini sekali?bicaranya dengan passpot itu.
kemudian dia melihat terbit lagi dua jalan dihadapan.hendak ke kiri kaki dipaku untuk ke kanan,hendak ke kanan hati hendak ke kiri.keputusan hendaklah pantas dan tepat.namun begitu semua keputusannya datang sebagai pakej,lengkap dengan baik dan buruknya.

tiada pakej yang sempurna,sedangkan pakej percutian pun sama.

dia bulatkan hati,keputusan adalah rahsianya.tiada satu nasihat luar akan dipertimbangkan,cuma dengar dan lupakan.

masa depanku dibentuk oleh aku, bukan oleh orang yang gajikan aku!

persiapan mula dibuat.berkat doa dan tawakal,apa pun keputusannya harapnya biarlah diberkatiNya.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...