makin sukar nak kontrol keadaan site skang.masalah material tak dapat nak solve peringkat sendiri,kena pergi ke peringkat atas,masalah konsultan pun sama.untuk juggle paperwork dan tapak perlukan 2 orang lagi engineer.masalah sungguh bila dapat projek lewat permulaan,serba takde,borang pun kena lukis sendiri.
bila dah selesai satu tugasan,tengok keliling,baru perasan,aku sorang je melayu kat sini,keliling aku semuanya bangsa lain.selama ni dok pandang orang nepal indon sri lanka sebagai orang asing, hari ni aku pula jadik alien kat sini.menyumpah dalam bahasa temerloh seko pun tak paham.
"kam ha za?" tanya aku pada carpenter semasa aku cek keje depa
"tiga ratus milimeter saja bos!" jawabnya
huh? ada gak yang paham bahasa melayu sini,kena berhati2 mula dari skang...
No comments:
Post a Comment