Tuesday, December 13, 2005

Cite 001 Kad 001

“Kau selalu hilang bila hujung minggu, kemudian malam Selasa, kau pergi mana?” tanya Fad

“aku ada di rumah, buat ulangkaji, aku ni kan lambat sikit nak tangkap ilmu, jadi kena usaha lebih sikit, bukan macam kau” balas Hafiz

“Lambat lagi kan peperiksaan tengah tahun, yang kau rajin sangat kenapa? takkan kau pergi berdating pulak?” soal Fad lagi.

“sukahati kau nak percaya ke tidak, letih aku nak layan kau ni” ujar Hafiz. “aku dah lambat ni, esok kita jumpa lagi, banyak perkara tak habis bincang lagi kan?”

“hari ini hari Selasa kan? selamat bertenet” perli Fad dengan memberikan satu senyuman kucing.

“apa-apalah Fad,” jawab Hafiz sambil cuba melintas jalan

tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dari simpang, Hafiz yang masih memandang kepada Fad tidak perasankan kehadiran kereta itu.

“Hafiz!” jerit Fad, itu sahaja yang sempat keluar dari mulutnya.

Pemandu kereta itu terkejut melihat Hafiz lalu menekan breknya. bunyi geseran tayar menyedarkan Hafiz, namun segalanya seperti berlaku dengan gerak perlahan.

seperti getah berisi air yang dipalu, hafiz meliukkan badannya mengikut arah momentum kereta yang meluncur laju. badannya berputar ke cermin depan kereta dan seterusnya ke bumbung kereta. Dengan kudrat yang ada pada kedua tangannya, dia menghentak bumbung, menghantar badannya berputar ke udara sejenak dan akhirnya berguling di atas tar. Hafiz terduduk apabila gulingannya terhenti, nafasnya laju sekali.

sementara itu, kereta terus menyasar dan terbabas ke dalam semak. jejak tayarnya berselirat panjang di atas tar. mujur dia tidak melanggar tiang elektrik yang berada tidak jauh dari semak. namun begitu dia berada betul-betul depan kedai kopi Pak Usu. dia tidak sempat untuk melarikan diri lagi.

Fad melihat segalanya seperti dalam wayang gambar, terpaku di tepi jalan. orang ramai mula berkerumun ke tempat kejadian. Hafiz yang masih terduduk cuma tersiat sedikit bajunya.

“kau dah gila kah? bawa kereta laju-laju di kawasan kampung?” tengking salah seorang penduduk yang kebetulan berada di situ. pemandu kereta dibawa keluar dari keretanya. orang semakin ramai berkerumun, ada yang membawa kayu, cangkul dan senduk, dengan niat untuk mengajar pemandu kereta yang kurang ajar.

“Kau selamatkah?” tanya Pak Usu, yang kebetulan berada di kedai kopi berhampiran
“Syukur saya selamat” senyum Hafiz
“tak sia-sia anak pendekar!” gelaknya sambil menepuk bahu Hafiz

“anak pendekar?” tanya Fad, yang kebetulan ada di sisi Hafiz.

“cuma gurauan orang kampung saja, bukannya serius,” jawab Hafiz

“siapa tak kenal anak pendekar Udin, silap bapanya tidak buka gelanggang, kalau tidak mesti sudah lama terkenal satu Malaya!” ujar Pak Usu dengan bangga

Hafiz tersengih mendengar kata-kata itu namun dia cepat-cepat beredar dari situ. tetapi tangannya dipegang oleh Fad.

“malam ni, aku nak pergi rumah kau!” ujar Fad.

Hafiz memandang Fad dengan keningnya terangkat.

“sukahati kaulah, aku tak memaksa, dan juga tak menjemput” jawab Hafiz, sambil terus berlalu dari situ tanpa menghiraukan suasana kecoh orang kampung dengan pemandu kerata yang nyaris meragut nyawanya.

“kenapa dia selalu mengelak bila aku bertanya tentang silat?” tanya Fad dalam hatinya

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...