Friday, September 16, 2005

40 Lukisan Novel Progress Diary..

bukan novel pertama aku pun. just jadi illustrator je. nervous gak bila dapat job ni since my highest skang ni just jadi cover for Mato-mato. banyak kena bincang dengan editor dan penulis dan grafik sebab tak tau lagi style sini camana..

30/8/05
Aku dapat mesej yang aku kena postpon projek 40 lukisan kepada Nomik (Novel Komik), so aku pun proceed bagai ribut dengan karakter design, dan stadi flow cite supaya bila ada pemindahan dari text ke grafik tak rasa kabut sangat.. dan maintain feel kanak-kanak tu..

3/9/05
present cite Kacang (Nomik) dan dapat reply "erm.. ok, tapi mana yang satu lagi?"
tergamam dan tertanya "Satu lagi tu apa?"
"alaa cite jiwang tu laa..."

peh Allah je tau betapa rasa macam konkrit gred 40 dipacu atas kepala. nak tanak kena rushing gak. balik terus stadi novel dan buat arrangement camana nak hantar. pengajaran: baik konfirm dgn boss pasal deadline, penulis kekadang blur gak pasal nih.. hehe sori panah :)

7/9/05
present rough skech utk grafik dalam novel (antara bab). syukur dia suka kesemuanya dan tak komen pasal stlye, cuma sedikit pindaan kena buat.

8-11/9/05
ditakdirkan waktu ni la paling sibuk, dengan schedule konkrit, dengan pekerja dari Lombok baru datang, dengan rushing report, roadtax mati, fuh, dugaan tul. terpaksa curi masa antara tidur dan rehat untuk proses inking. inking speedostyle.. hehe

11/9/05
bawak final dan present pada editor. syukur lagi dia setuju dan cuma kena ubah satu page je. semua grafik kena dengan intro bab (ada gak kena defend hasil kerja, biasa la tu). diskas pasal kover pulak (nasib baik la boleh delay skit)

15/9/05
bawak skeches utk cover dan diskas pasal konsep siri novel ni. banyak sampel dikeluarkan dan akhirnya selepas berdebat dan berdiskus, akhirnya jumpa satu konsep ala pop art yg guna teknik simplify. letih gak nak buat, sebab kena hati-hati dengan line yang nak dipresent. ermm.. keje sambung dirumah la nampak gayanya...

harap-harap dapat setel keje ni secepat mungkin. dapat kenal ramai gak dari bidang penerbitan dan tengok dari stail keje ni, letih gak nak stay on track tapi kena pandai la balance kalo nak maintain. insya Allah boleh :) .. go go chayo!

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...