Saturday, February 05, 2005

No Turning back..

takde ribut takde tsunami, cuma angin sepoi bahse je. aku dibenarkan berenti tanpa syarat (lepas mengarang surat yg power & merayu skit lebih kurang). ramai gak yang terkejut aku nak stop camtu je, sebab aku takde bagi hint ataupun simptom akan berenti, semuanya ceria macam biasa, sebab bagi aku tu urusan aku bukan urusan kompeni, so watpe nak kecoh no? takpe, aku chow dengan rasa tak bersalah, sebab pemergian aku akan diganti dengan 3 staff baru yang lebih hebat dari aku...

all the best AMB
u got a bright future ahead
but I don't think my vision
is concurrent with your vision
it is best for me to look elsewhere
rahter than be a burden to you
and me..


malam semalam ialah malam last aku sebagai warga kuantan. lepak kat merdeka stesen dengan set rumah (Pang, Mamat, Zihan) & geng pencacai AMB (Juda, Chai, Pyan, Rahmat, Syed + member dia), mustapa pun ada, tapi dia tengah date so tak join la kitorang. macam-macam pulak cite kuar nak dekat blah ni, tapi ada gak nampak aura terkilan sebab aku chow mengejut, takpe la, aku dapat ni pun mengejut, sampai demam lagi tu..

InsyaAllah, dengan 1 Muharram ni, aku berazam utk memajukan diri dalam bidang yang aku ceburi, ya Allah, jadikanlah keputusan yang kuambil ini satu keputusan yang tepat dan memberi kebaikan kepadaku, kerana kepadaMu sahaja kupohon hidayah dan taufiq. Tiada tolehan belakang lagi, apa yang dihadapan mesti kuhadapi, baik atau buruk, dengan berkat usaha, doa dan tawakkal.. amin...

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...