Wednesday, February 09, 2005

JAWI Raid... my response?

sebenarnya agak lewat untuk respon pada isu nih. orang lain dah kata macam-macam, kabinet siap nak diskas, NGO dan so-called 'hak asasi manusia' dah kata itu ini, bloggers around the net dah komen itu ini. aku pun bukan pandai sangat nak komentar sana sini, siapa nak dengar kata nobody with blunt ideas like me (heh), but then again, timbul dalam otak aku beberapa persoklan...

1. Sejak bila clubbing jadi kemestian warga kota 'maju'?
2. Adakah kita hidup untuk berhibur dan tanpa hiburan kita mati? Bukankah hiburan ni macam gula, sikit bawak pekdah, lebih bawak padah?
3. Bila pihak agama ter'over' sikit, ramai pihak meletup, berusaha menjadi pejuang hak asasi itu ini, tapi bila agama dicabar, mana depa nih?
4. Apa yang diperjuangkan oleh NGO human rights ni? kebebasan mutlak? atau cuma agen pengkakis identiti islam?
5. Pemuda UMNO ke ABIM ke apa ke takde kata pape ke isu ni? (mungkin aku tak baca paper, so clarify me) <<
(edit: Pemuda UMNO ada kuarkan kenyataan, tapi mungkin tidak sepower tulisan2 yg mempertikaikan tindakan JAWI tu, power camana? wallahualam, pembacaan aku agak terhad sekarang ni, thnx nazmi)

mungkin tu je buat kali ni, untuk menajamkan pikiran kena banyak berfikir secara kritikal, namun begitu perlu ada dasar yang kukuh, kalo tak macam mata pisau salah asah, lagi tumpul daripada belakangnya. back to sleep ... :)
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...