Saturday, January 01, 2005

Tahun Baru ..2005

Selamat Tahun Baru Masihi kepada semua pembaca, pungunjung dan kawan-kawan. tahun 2004 dah pun berlalu, banyak sangat pengajaran yang dapat sepanjang tahun lepas, samada dari segi pembelajaran, berkawan, mengenal diri, mengenal alam, mencari cinta, menanggung derita, menghargai dan dihargai.. senarainya akan jadi berjela jika aku termampu nak menaipnya. namun begitu, aku harap segala pengajaran dari tahun ni dapat memberi kekuatan dan kematangan bagi menghadapi cabaran 2005.

"itu la yang orang panggil cabaran" .. cakap abah aku bila aku cite workload yg tak sepadan dengan payload (?) yg aku dapat. mungkin rezki aku agak mahal tahun ni, takpe la, usaha je insyaAllah dapat la capai cita-cita yang masih jauh ni.

Kak Leen, senior staf dept aku resign semalam, majlis farewell paling meriah aku rasa, sbb dah 4 tahun dia keje sini, dan dia tak banyak cakap. penggantinya.. ermm terlalu awal untuk dinilai, tapi asas dia dah power, aku jugak yang jadi pelajar setia. semoga Kak leen gembira dengan bidang baru dia, walaupun semua staff sini doakan dia balik semula.. betapa sayangnye depa ni kat kak leen..

sampai sini dulu, al-fatihah kepada mangsa tsunami, kepada yang ada baju lebih tu, jom kite derma kat diorang, mungkin baju "SMS Mat Jiwa" tak bernilai bagi korang, tapi ia amat berharga bagi mangsa. semoga Allah lindungi umat islam dari segala bala bencana pada masa akan datang... amin...

ilal liqa'.. perjuangan masih jauh dan aku masih berkelana.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...