Heroin lantas mengambil tangan Hero. Hero yang masih termangu dalam silanya terpinga-pinga melihat tindakan ratunya. Lalu dibawanya Hero ke laman rumah mereka, tempat di mana Jihadi dan Hero selalu berlatih dan mengasah jurus. Tanah di situ masih lagi berbekas tapak kaki, kesan jatuhan dan belahan senjata.
"Abang, lihatlah," Jari terlunjuk Heroin menunding ke arah pokok durian mandul. Hero memandang menuruti jari Heroin. Dilihatnya situ bekas buku lima dan tendangan memenuhi batang pokok yang keras itu. Hero meneliti dengan mata hatinya, ternyata satu jurus telah dibentuk dari kesan-kesan itu.
"Jihadi sedar bahawa usianya tidak panjang, namun dia sempat mengilhamkan jurus ini sebelum dia dipanggilNya," kata Heroin.
Dibelek-belek kesan pada pokok itu.Tumbuk, pancung, tusuk, cakar, juring, seligi. Semuanya diatur dengan indah sekali seperti bait sajak. Air mata jantan menitis apabila terkenang semangat arwah yang begitu gigih dalam perjuangan.
"Mana kamu tahu Jihadi berlatih jurus di sini?" tanya Hero
"Abang, siapa lagi yang menyapu laman dan menjaga rumah? Sudah pasti mudah untukku menjumpai kesan sebegini,"
No comments:
Post a Comment