Sunday, October 23, 2016

Perihal Arkib dan Panah Memanah Dipanah Panahan




Bersawang dekat setahun blog ni. Tapi masa dan membuktikan walaupun layout tak best dan tak friendly untuk view di mobile, blogger adalah tempat terbaik untuk simpan arkib. FB arkib? hmmm entahlah. Rasa macam banyak je upload, tapi banyak juga yang ntah ke mana.

Masanya untuk tulis balik blog kot?

Banyak nak ditulis perihal memanah ni. Tapi mengenangkan masih hijau lagi dalam bidang ni, maka banyak disimpan je dulu. Nak diluah sekarang macam tak patut. Biar satu masa nanti akan diluahkan juga.

Teringat pula pada arwah Panah Arjuna. Padahal di waktu kami aktif menulis, pergerakan memanah ni sudah ada, cuma sangat susah nak cari. Kadangkala ada juga terfikir seronok juga memanah dengan Arwah Panah, nama pun dah Panah, entah2 dia lagi terer.

Ataupun mungkin ada sebab lagi besar kenapa kami tidak temui walaupun bila dah tau, rupanya sekitar kita je. Sebabnya, bila lihat ramai je yang dah terer, tahap cikgu, tahap champions, tapi akhirnya busur dijual atau digantung mengutip habuk saja.

Doakan agar diri ini sentiasa istiqamah di jalan yang benar sentiasa, dan jalan yang benar itu penuh liku-liku..


Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...