Thursday, March 12, 2015

Nasihat untuk adik-adik lepasan SPM...

Kalau aku ditanya soalan macam "apa yang nak buat lepas SPM?" "belajar mana?" "kursus apa laku di pasaran" etc etc..

Aku akan jawab.

"Dik, kau kaji apa kau minat, istikharah, mohon @ usaha ke arah tu, kemudian tawakkal"

Sebabnya, bukan tak pernah jumpa orang yang dapat kursus Doktor, berhenti dan pergi masuk bidang lain.

Orang yang dah jadi Lead Engineer, alih-alih jual tudung.

Orang yang dulu kita rasa lekeh, sekarang wakil negara kat Eropah.

Orang yang kita rasa harapan dunia, alih-alih jadi tah pape.

..dan orang yang sehingga kini masih mencari lagi apa tujuan hidupnya.

Yang penting sekali, rasa kehambaan pada yang Esa mesti dibawa ke mana saja arah hidup. Walaupun liku-liku macam mana pun mendatang, hati tetap tenang apabila disandarkan kepada Dia.

maka sandarkan pada Dia, dan berusahalah dengan kudrat yang ada. 

Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...