Wednesday, January 01, 2014

Tahun Baru Tahun Fokus!


Alhamdulillah, tamat sudah 2013.

Banyak yang dilalui sepanjang tahun ini. Kalau nak dirumuskan macam terlalu banyak juga. Apa yang pasti boleh dicoretkan:

1. Terima kasih kepada rakan2 yang sudi menerima karya saya kembali. Untuk kembali dalam dunia illustrasi ini bukan senang. Ia sudah jadi lautan merah, ditambah pula dengan golongan yang lebih cepat dan murah, kena lakukan sesuatu untuk pergi lebih jauh

2. Terima kasih kepada keluarga kerana memberi sokongan dan doa selama ini. InsyaAllah dugaan 2014 yang terbayang dek solusi mereka yang berkuasa akan dihadapi dengan tenang. Sentiasa semat di hati "daripada Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali".

3. Perancangan 2014 ialah penambahbaikan @ upgrade apa yang ada sekarang; ilmu, pengetahuan dan amal. InsyaAllah akan cuba beri sebanyak mungkin bantuan dan sokongan kepada rakan2 pendakwah, sebab diri ini masih lemah untuk berjuang di jalan dakwah.

4. Dalam perjalanan ini, cuba untuk "review" apa yang perlu dan yang tak perlu. Mana yang tak perlu buang atau simpan dulu. Fokus ialah keutamaan untuk usaha kali ini.

Banyak rakan-rakan yang buat keputusan besar 2014 ini. Saya doakan kalian berjaya menghadapi dugaan yang mendatang, insyaAllah.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...