Tuesday, February 12, 2013

Belated Birthday Writing...

Akhirnya ada masa (dan semangat) untuk mencoretkan sedikit entry sempena hari jadi. Selalunya sempat je tulis, tapi kali ini, entahlah. Mungkin kerana, medium blog ini diketepikan sedikit sempena media lagi hebat (?) dan happening (?) seperti Facebook, Twitter dan tah apa2 lagi. Mungkin juga, kerja yang banyak membuatkan aku tak sempat nak tulis apa-apa.

Secara seriusnya, dan logik matematiknya, sekarang aku lebih free daripada dulu. Kerja 5 hari. Sambung belajar dah pun habis. Sepatutnya ada lebih masa untuk mencoret blog, buat sketching, siapkan komik, teruskan design dan macam-macam lagi. Tapi nampaknya satu pun tak jalan.

Mungkin juga minda sekarang sangat rileks, ye lah, dah tiada apa yang nak dikejar lagi (kononnya). Berbanding dengan kerja sambil belajar yang sangat demanding suasananya.

Atau mungkin tugasan aku kali ini menyebabkan aku sudah fokus. Fokus buat kertas kerja, kertas cadangan, kadangkala lakaran, idea dan tah apa lagi tah. Malangnya tak semua boleh dikongsikan atas faktor keselamatan projek.

Atau aku perlu satu perubahan pada blog ini. Perlu arah tuju baru. Blog ni pun asalnya bukan ada tujuan pun, sekadar luahan rasa. Nak minta duit pun jauh sekali. Sebagai art galeri pun tak cukup art.

Banyaknye mungkin. Ok lah yang terakhir, mungkin aku kena tanya pada 'Dia', minta hidayah dan taufiqnya. Hidup bukan sekadar mengejar sijil atau tingkatan ilmu, mahupun berkerah dalam laluan 'career'. Hidup kita lebih dari itu, dan semestinya untuk Dia.

Wallahu 'alam.

p/s: terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengucapkan selamat hari jadi di mana2 media sekalipun. Semoga Allah merahmati kita semua, insya Allah.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...