Sunday, October 07, 2012

Kisah Remaja Dakwah

Dapat cerita ini dari page fb Ustaz Ebit Lew. Semoga dapat jadi semangat untuk meneruskan usaha dakwah dan usaha amal baik yang lain insyaAllah.

  • Ya ALLAH selamatkan remaja-remaja ISLAM kami dari banjir maksiat yang melanda umat ini. Ya ALLAH selamtkan anak-anak kami dari dosa dan maksiat dan dari perkara yang haram. Jadikanlah anak-anak kami penyambung dakwah nabi dan mewarisi sunnah nabi saw di masa hadapan.

    ISLAM, UMAT yang dulu menyinari dunia dengan sinar kebaikan dan kemajuan. Hari ini UMAT itu dalam kedahagaan dan kehancuran. Ampunkan dosa kami semua.

    Seorang pemuda yang saya kenali namanya huzaifah. Ketika itu dia tingkatan 4. Dia berdakwah di MRSM nya bersama bbrapa rakan telah meyebabkan seluruh MRSM itu telah berubah menjadi seperti remaja yang takwa.

    Mereka tahajud dan menangis. Setiap kali lepas solat kali pertama saya melihat remaja semuanya menangis. Spontan tanpa lagu dan desakan. Waktu malam mereka menangis. Masa PROGRAM masjid waktu malam mereka berebut membersihkan tandas.

    Tidak pernah saya jumpa remaja seperti itu. Masa itu saya di UPM. Huzaifah dan rakan-rakannya sentiasa meminta nasihat dalam dakwah mereka.

    Sehingga suatu hari, ustaz-ustaz mereka melarang mereka. Mereka beri sebab yang telah melumpuhkan semangat mereka. Saya dipanggil pengetua sekolah itu dan polis datang rumah saya kerana desakan beberapa orang besar yang cintakan dunia.

    Saya buat makan dirumah dan kumpulkan pelajar ini di rumah saya.

    Sehingga waktu itu 70 orang pelajar mereka semua putus asa.

    Ustaz syafie seorang ustaz saya kata, adakah kerana kata-kata manusia dan sedikit tekanan melemahkan kita dalam perjuangan. Adakah kita nak biarkan air mata nabi terus mengalir dan darah nabi keluar. Kata-kata mereka atau air mata nabi yang kita beratkan.

    Pelajar ini bertambah semangat. Beginilah orang alim yang memahami nilai manusia yang mendekati umat ini.

    Mereka yang mendakwa mencintai Nabi SAW tetapi tidak bagi masa untuk umat ini mereka tidak menghargai manusia dan nilai manusia.
    Hanya kesilapan dan kelemahan yang mereka nampak. Nabi SAW ialah manusia yang paling menghargai manusia. Orang macam Wahsyi dan hindon pun dapat kebaikan dari kasih sayang Nabi SAW. Inilah sifat Dai menyayangi dan mencari potensi umat ini.

    Segala puji bagi ALLAH seluruh MRSM itu meningkat keputusan SPM mereka. Jadi mrsm cemerlang.

    Huzaifah meneruskan dakwahanya sehingga ke UMT. Berapa ramai budak pemuda yang suka berzina mula bertaubat. pemuda yang tidak solat mula solat asbab huzaifah ini.

    Dalam satu khuruj beliau di Sabah. Ketika masjid tiada air. Selepas solat subuh berjemaah dan memberi kuliah subuh Mereka mandi sungai dan beliau lemas dan syahid.

    Masa mayat sampai di Masjid SP. Darah dihidung dan badannya masih keluar. Walaupun seorang remaja yang tidak dikenali, solat jenazah ramai sangat macam seorang Mufti dan Ulama besar meninggal dunia. Walaupun ketika itu dalam 5.30 petang.

    Lepas itu jenazahnya dibawa ke Masjid Sungai besar. Sangat ramai juga solat jenazahnya. Seluruh keluarganya membuat perubahan yang sangat besar dengan amalan huzaifah ini sehingalah beliau meninggal dunia.

    Masa kebumikannya mayatnya macam hidup. Seorang pemuda yang saya sangat hormat. Demi ALLAH saya tidak pernah melihat jenazah yang begitu cantik sepertinya. Semoga ALLAH rahmati huzaifah dan hidupkan ramai lagi remaja sepertinya.

    Amalan dan akhlaknya begtiu hebat. Sehingga jika saya ceritakan boleh jadi buku. Nama anak saya huzaifah juga asbab nama sahabat dan saya teringatkan huzaifah ini. Semoga ALLAH jadikan anak saya menghidupkan agama dan syahid di jalannya juga.

    Tapi beginilah remaja yang kita nak. Ya ALLAH kami yang tua ni pun belum tahu kesudahan kami. - ebit lew

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...