Tuesday, March 20, 2012

Entah lah...



Banyak kejadian yang berlaku minggu lepas memberi sikit sebanyak kesan kepada fikiran. Sekarang masih berfikir lagi samada mahu diteruskan atau cuba beralih arah. Dimulakan dengan cermin jip yang meletup secara tiba2, yang diikuti dengan layanan sangat gampreng pihak yang patut membaikinya, disusuli dengan sikit kemalangan yang menimpa diri, walaupun sikit dari segi fizikal tapi cukup membuat hati ini gentar. Kemudian disusuli dengan staf yang ditamatkan kontrak, menyebabkan beban kerja makin tertumpu kepada staf yang masih tinggal untuk berjuang.

Kadang kala terfikir adakah berbaloi mengharungi semua sekadar hendak gah dalam resume "aku bina sebuah dermaga untuk kapal besi berlabuh", tapi dugaan menjalankan tanggungjawab dihimpit baik dari segi kerja, mahupun cara dan alat untuk kerja. Makin hari makin difikir macam tiada untung dari segi material dan fizikal.

Tapi jika direnung kembali, mungkin inilah yang menguji kedewasaan. Tugasan lepas mungkin mendewasakan diri sedikit, tapi kali ini benar-benar kematangan itu diasak dicanai dan diuli hingga ke tahap runcing.

Mungkin Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dilalui.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...