Tuesday, October 04, 2011

Tertinggal Beg Kerja

Sedang tekun memecut di lebuhraya Karak, tiba-tiba dapat panggilan.

"Helo, abang kat mana dah?"

"Err..baru lepas Bentong"

"Haa..ni beg kerja tertinggal, dengan beg baju lagi, macamana?"

Aiseh. Bentong dengan Tementi bukan satu jarak yang dekat. Kalau ulang balik nampaknya terpaksa ulang tayang cilok lori sawit, lori getah, lori tayar dan macam2 lori lagi yang ada di atas jalan sempena kemajuan negeri kesayanganku. Bayaran kemajuan ialah jalan kecil dan lori besar atas jalan kecil.

"Apa yang tinggal dalam beg?"

"Sikit je, baju, dengan buku tah apa tah,"

"Kalkulator?"

"Ha ah, dua-dua ada,"

Maknanya minggu ini kena digagahi tanpa kalkulator dan buku conteng. Ugh, agak sukar, tapi kena percayakan kuasa minda untuk buat pengiraan mudah sekelip mata.

"Tak apa, simpan barang baik2, nanti ingatkan abang bila sampai kampung nanti,"

Inilah masalahnya kalau balik ke kota dengan setengah hati. Kena fokus di lain kali, tak boleh leka lagi. Yosh!

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...